UKIRAN YANG TELAH SIAP
Ini merupakan salah satu karya beliau.Lukisan ini memaparkan aksi nelayan-nelayan tradisional di besut satu ketika dulu.ukiran pemandangan ini mengambil masa selama 2 bulan untuk disiapkan.Berkat ketekunan, minat dan usaha beliau, inilah hasilnya.Lukisan ini telah dijual dengna Harga RM 8k.
Proses Pertama
Sebelum beliau mula mengukir lukisan, beliau akan membuat kajian lokasi dan bentuk-bentuk objek yang hendak di ukir seperti perahu tradisional, berdasarkan tema tempahan pelanggan.Selepas itu, lakaran dibuat diatas kayu.Setiap lakaran diolah mengikut kesesuain saiz dan kuantiti bagi menampakkan seni dan kehidupan sesebuah lukisan.
Proses Kedua
Setelah lakaran siap, lukisan itu akan di router bagi membentuk struktur bahagian-bahagian yang timbul dan tenggelam.Langkah ini bertujuan untuk memudahkan proses mengukir di jalankan di samping menjimatkan masa.
Proses Ketiga
Proses membentuk pemandangan di lakukan dengan teliti bagi memastikan kesilapan tidak di lakukan.Proses ini memakan masa dan memerlukan kesabaran serta kreativiti bagi memastikan lukisan menampakkan kelembutan dan hidup dari segi bentuk perahu,nelayan yang lalu lalang dengan pukat dll.